TERIMA KASIH KERANA MELAWATI BLOG INI . BLOG INI BANYAK INFORMASI TERKINI TENTANG KESIHATAN ANDA.

Khamis, 27 Januari 2011

KANSER PANGKAL RAHIM

Serviks ialah bahagian pangkal rahim (uterus), justeru ia dikenali sebagai barah pangkal rahim atau kanser serviks. Serviks menghubungi badan uterus kepada vagina(saluran kelahiran). Kanser berlaku apabila sel serviks menjadi tidak normal dan tumbuh secara tidak terkawal. Kanser boleh merebak kebahagian badan yang lain. HPV atau human papiloma virus adalah virus yang sangat umum tetapi diantara wanita mesti tidak mengetahuinya. Ini mungki n disebabkan kekuranga membaca atau tidak ambil berat atas kesihatan mereka.

     Risiko jangkitan HPV atau  bermula dari hubungan seks pertama dan kekal sepanjang hayat wanita. Dianggarkan bahawa sehingga 80% daripada wanita akan mengalami jangkitan HPV kemaluan dalam hidup mereka tanpa mengira usia atau gaya hidup mereka. Apabila seks menggunakan kondom ia boleh mengurangkan risiko tetapi tidak boleh memberi perlindungan sepenuhnya. Sepanjang hayat, setiap wanita menghadapi risiko daripada virus yang menyebabkan kanser pangkal rahim.

     Pap Smear ialah satu ujian yang pantas dan mudah mencari sel abnormal di permukaan pangkal rahim dan dihantar ke makmal untuk diuji bagi mengesan sebarang perubahan. Ia boleh dicegah dengan membuat pap smear dari masa ke semasa. Sekarang ini dah ada vaksin untuk mencegah HPV daripada dijangkiti.