TERIMA KASIH KERANA MELAWATI BLOG INI . BLOG INI BANYAK INFORMASI TERKINI TENTANG KESIHATAN ANDA.

Rabu, 20 April 2011

DIET RASULULLAH

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

Cara makan:
1. Jangan makan buah setelah makan nasi, sebauknya makan buah dulu,baru makan nasi.
2. Tidur satu jam setelah makan tengah hari.
3. Jangan tinggal makan malam,sesiapa yang meninggalkannya akan dimakan usia.
    Kolestrol akan berganda dalam badan. Nampak memang sulit....tapi kalau x percaya?
    Kesannya bukan dalam jangka pendek? Kesannya kita dapat bila kita dah tua
4. Nabi (S.A.W) mencegah makan ikan bersama susu kerana akan cepat dapat penyakit
    Ini terbukti para Ilmuwan yang menemukan bahawa daging ayam mengandungi ion + 
    dan ikan mempunyai ion -, jika makanan kita bercampur ayam dengan ikan maka akan 
    tejadi reaksi biokimia yang dapat merosakkan usus kita.


Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit.
     air sejuk akan meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak
     kita saksikan orang yang mandi pagi tidak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti seju/ais)
    setiap pagi. Insyallah mujarab, jauh dari penyakit.
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya
    seminit setelah membaca doa. Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain
    Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.
    Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah        
    di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang
    tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
    Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah             
    jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).    

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, 
                     Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"