TERIMA KASIH KERANA MELAWATI BLOG INI . BLOG INI BANYAK INFORMASI TERKINI TENTANG KESIHATAN ANDA.

Rabu, 20 April 2011

DIET RASULULLAH

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

Cara makan:
1. Jangan makan buah setelah makan nasi, sebauknya makan buah dulu,baru makan nasi.
2. Tidur satu jam setelah makan tengah hari.
3. Jangan tinggal makan malam,sesiapa yang meninggalkannya akan dimakan usia.
    Kolestrol akan berganda dalam badan. Nampak memang sulit....tapi kalau x percaya?
    Kesannya bukan dalam jangka pendek? Kesannya kita dapat bila kita dah tua
4. Nabi (S.A.W) mencegah makan ikan bersama susu kerana akan cepat dapat penyakit
    Ini terbukti para Ilmuwan yang menemukan bahawa daging ayam mengandungi ion + 
    dan ikan mempunyai ion -, jika makanan kita bercampur ayam dengan ikan maka akan 
    tejadi reaksi biokimia yang dapat merosakkan usus kita.


Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit.
     air sejuk akan meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak
     kita saksikan orang yang mandi pagi tidak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti seju/ais)
    setiap pagi. Insyallah mujarab, jauh dari penyakit.
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya
    seminit setelah membaca doa. Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain
    Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.
    Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah        
    di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang
    tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
    Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah             
    jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).    

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, 
                     Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"



Khamis, 27 Januari 2011

KANSER PANGKAL RAHIM

Serviks ialah bahagian pangkal rahim (uterus), justeru ia dikenali sebagai barah pangkal rahim atau kanser serviks. Serviks menghubungi badan uterus kepada vagina(saluran kelahiran). Kanser berlaku apabila sel serviks menjadi tidak normal dan tumbuh secara tidak terkawal. Kanser boleh merebak kebahagian badan yang lain. HPV atau human papiloma virus adalah virus yang sangat umum tetapi diantara wanita mesti tidak mengetahuinya. Ini mungki n disebabkan kekuranga membaca atau tidak ambil berat atas kesihatan mereka.

     Risiko jangkitan HPV atau  bermula dari hubungan seks pertama dan kekal sepanjang hayat wanita. Dianggarkan bahawa sehingga 80% daripada wanita akan mengalami jangkitan HPV kemaluan dalam hidup mereka tanpa mengira usia atau gaya hidup mereka. Apabila seks menggunakan kondom ia boleh mengurangkan risiko tetapi tidak boleh memberi perlindungan sepenuhnya. Sepanjang hayat, setiap wanita menghadapi risiko daripada virus yang menyebabkan kanser pangkal rahim.

     Pap Smear ialah satu ujian yang pantas dan mudah mencari sel abnormal di permukaan pangkal rahim dan dihantar ke makmal untuk diuji bagi mengesan sebarang perubahan. Ia boleh dicegah dengan membuat pap smear dari masa ke semasa. Sekarang ini dah ada vaksin untuk mencegah HPV daripada dijangkiti.

Rabu, 27 Oktober 2010

NUTRISI UNTUK WANITA


Diet memainkan peranan penting dalam kesihatan. kajian telah menunjukkan bahawa penyakit arteri koronari,diabetes,stork dan beberapa jenis kanser mempunyai risiko gizi berkaitan.nutrisi dan kawalan berat badan yang tepat yang penting tindakan pencegahan.


Cadangan dari jabatan pertanian, jabatan kesihatan dan bedah umum amerika adalah sebagai berikut:
- Makan pelbagai makanan
- Menjaga berat badan kesihatan
- Memilih diet rendah lemak dan kolesterol
- Makan sayur-sayuran yang mencukupi, buah-buahan dan serat
- Menggunakan gula rendah kalori
- Sekitar 2200 mg kalori pada hari yang diperlukan oleh wanita hamil
- Menambah pengambilan lemak tidak boleh melebihi 30% dari kalori yang digunakan 
  dalam makanan

Kajian kanser memberikan cadangan diet berikut untuk wanita:

- Mengelakkan obesiti
- Mengurangkan pengambilan lemak
- Menambah asupan makanan gandum
- Menambah pengambilan sayu-sayuran
- Makan - makanan yang di bakar dan dipanggang

STRES:CARA KENALI DAN MENANGANINYA

Pengenalan.
Tindak balas fizikal, Emosi dan mental kepada perubahan.  Ia merangkumi tekanan,  beban ,  konflik keletihan, ketegangan, panic, perasaan gemuruh, kebimbangan kemurungan dan hilang daya yang biasa berlaku apabila berlakunya perubahan pada tubuh badan atau fikiran sendiri.

Kenapa stress?
- Diri sendiri -kecewa
- Keluarga - masalah rumah tangga, kewangan,anak dan sebagainya
- Komuniti - bertengkar dengan jiran
- Kesesakan lalulintas
- Persekitaran yang tidak selesa
- Tragedi
- Menunggu lama


Tanda – tanda stress
- Jantung berdegup kencang
- Cepat marah
- Rasa tidak gembira
- Hilang minat kerja
- Tidak cukup tidur
- Suka menengking
-Cuba jauhkan diri


Perkara yang perlu dilakukan ketika marah
-Bertenang.... tarik nafas dan lepas perlahan – lahan
-Kenalpasti punca anda marah
-Mendapat nasihat orang lain
-Beredar ketempat lain ketika marah
-Membiasakan diri memaafkan dan menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan


Amalkan 10 B
- Bertenang
- Bernafas dengan dalam
- Berkata relakslah......
- Beribadat
- Bercakap dengan seseorang
- Berehat dan mendengar muzik
- Beriadah
- Bersenam
- Berfikiran positif


Cara islam untuk mengurangkan stress:

1) banyakkan zikir kalimah toyyibah.
2) pejamkan mata, tari nafas 1 saat, tahan 3 saat hembus 5 saat.
3) banyakkan sembahyang sunat
3) sebelum tidur amalkan bacaan al fatihah,ayat kursi dan 3 kul.
4) memperbayakkan membaca al-quran
5) beselawat keatas nabi S.A.W
6) buat qiammulail..
     Buat ikut kemampuan masing2.... kalau dilakukan semua lagi bagus....
     harap tips ini dapat memberikan ketengan diri yang optimum......






Isnin, 25 Oktober 2010

11 CARA SIHAT MENGURANGKAN GARAM



1.  Jauhkan salt shaker.
2.  Gantikan rasa masin dengan manis keatas daging yang di panggang.
3.  Lebihkan buah-buahan dalam diet.
4.  Gunakan  produk yang rendah garam.
5.  Apabila membeli sesuatu produk hendak lah berhati hati kerana sesetengah pengeluar
     menaikkan  kandungan lemak mengurangkan garam
6.  Kurangkan penggunaan produk berasakan tomato seperti sos tomato dan spegeti.
7.  Lebihkan bawang putih, bawang besar dan lada putih, gaulkan bersama salad, sos
     kentang lenyek
8.  gantikan garam dengan rempah ratus dan cuka kedalam masakan.
9.  Beli buku masakan yang menekankan resepi yang sihat.
10.Sentiasa mencuba untuk mengurangkan garam dalam masakan.
11. Periksa label pada makanan yang mengandungi garam. pilihlah yang rendah atau kurang garam.